Wednesday 30 January 2013

keISTimeWAan KalimAH "LA ILLAHA ILLALLAH"

Assalamualaikum, semua hari ini ana nak cerita pasai keistimewaan kalimah Laillah illallah


pada zaman bani israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat itu meninggal dunia, maka nabi Musa a.s mendapat tahu bahawa ahli ibadat itu termasuk di dalam senarai ahli neraka.
Sesudah itu mati pula si penderhaka, maka nabi Musa mendapat tahu bahawa si penderhaka 
tersebut termasuk di kialangan ahli syurga.
Apabila nabi Musa mendapat tahu hal ini maka baginda pun pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya, 'apakah amal yang selalu di buat oleh suamimu?'
Maka isteri ahli ibadat itu pun menjawab, "suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya.'
Nabi Musa bertanya lagi, "kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?' Lalu isteri ahli ibadat itu berkata, "Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia akan berkata 'Alangkah beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh nabi Musa itu benar,"
Setelah nabi Musa a.s mendengar penjelasan dari isteri ahli ibadat itu, maka baginda pun pergi ke rumah penderhaka itu , setelah sampa di rumah orang itu maka nabi Musa a.s bertanya kepada isteri penderhaka, "Apakah amal yang dilakukan oleh suamimu?"
Isteri penderhaka itu pun berkata," Engkau pun tahu suamiku itu, suamiku itu penderhaka, dia sangat suka buat kejahatan semata-mata." Kemudian nabi Musa a.s bertanya lagi,"Katakan padaku, apakah amal yang pernah dia lakukan selain itu."
Maka isteri penderkaha itu berkata, "Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu menbaca "LA ILLAHA ILLALLAH" atas apa yang diajarkan oleh nabi Musa a.s,"
Dalam kisah ini kita dapat simpulkan bahawa ahli ibadat itu tidak yakin sepenuhnya dengan apa yang diajarkan oleh nabi Musa a.s maka Allah memasukkannya kedalam neraka manakala si penderhaka yang berbuat dosa dan menyakini setiap apa yang diajarkan oleh nabi Musa a.s di samping mengamalkan kalimah syahada di masukkan kedalam syurga. Oleh itu hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan penuh kusyuk dan yakin dengan meletakkan harapan bahawa kita pasti akak bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu dengan itu. 
Rasulullah s.a.w telah bersabda," sesiapa yang mengucapkan "LA ILLAHA ILLALLAH" yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya maka akan keluar dari mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan dengan mutiara yaqud, dan ia terbang ke langit sehingga terdengar dengungannya di bawah arasy, bagaikan dengung lebah sehinggalah disuruh, 'Tenanglah diamlah'. Maka burung itu berkata, "Tidak, sebelum engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya'."Maka Allah s.w.t mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah tersebut lalu burung diberikan 70 lidah untuk membaca istigfar bagi orang yang membaca "LA ILLAHA ILLALLAH" itu sehingga hari kiamat.
Dan apabila tiba hari kiamat maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimat tersebut dan menontonya masuk ke syurga. Dikisahkan pula ketika Allah s.w.t menenggelamkan firaun dan tenteranya dan menyelamatkan nabi Musa a.s, Maka waktu itu nabi Musa telah berdoa, "Ya Allah ya tuhanku, tunjukan lah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmatmu ini".
Kemudian Allah berfirman, " wahai Musa bacalah "LA ILLAHA ILLALLAH". Nabi Musa bertanya lagi, Ya Allah ya tuhanku, tambahkanlah lagi untukku, " Maka Allah berfirman, wahai Musa sekiranya tujuh petala langit tujuh petala bumi diletakan di sebelah kiri neraca timbangan (mizan) dan diletakan kalimah "LA ILLAHA ILLALLAH" disebalah kanannya nescaya akan lebih berat bahagian "LA ILLAHA ILLALLAH" itu.





1 comment: